” mak, pegi haji brape ribu ek ?”…sekarang ada la dlm 10 ribu…..
soalan terkeluar di bibir tatkala melihat siaran di TV1 mengenai Haji dan Umrah…seperti sudah jd norma di rumah ini….masa berborak dgn rancak adalah di meja makan…
sentuh je isu Haji…mcm2 la cerita yg keluar…. “ kalau nk pegi Haji pegi waktu muda…rasional nya agar kita bole buat ibadat lebih banyak ….nk tawaf ..nk saei…kalau usia dh meningkat buat tawaf sekali je dh penat,tp kalau muda…kudrat tu lebih banyak…maka lbh byk la ibadat dapat dilakukan” …panjang lebar mak bercerita pengalaman menunaikan haji 3 tahun lps ( jika x silap la)…
tingkatan 3 saya diberi rezeki oleh ALLAH untuk menunaikan umrah bersama mak…ALHAMDULILAH….walau telah 9 tahun berlalu…namun masih segar dalam ingatan proses2 yg dilalui utk menunaikan umrah…. stat dari menaiki pesawat Saudi Arabia hingga la Tawaf wida’ yg dilakukan…semua masih bole digambar kan dalam fikiran dgn jelas…cume ketika itu tiada camera yg dibawa..maka gambar di makkah dan madinah hanya di “capture” melalui minda dan menjadi memory….
……INGIN MENGIMBAU KENANGAN LALU……
teringt ketika itu….usia 15 tahun sudah pergi ke tanah suci makkah….alhamdulilah…semasa dlm kapal terbang, pengalaman berharga bile kapal terbang melalui Garisan greenwich…sedang kapal terbang melalui panas terik oleh matahari..tibe2 terus menjadi gelap gelita..pengalaman pertukaran waktu ketika itu suatu yg amat menakjubkan…subhanallah…
” adik, tulis la semua pengalaman adik di sini dalam diari..nnt adik dh besar adik bole baca ape yg adik lalui di sini “...pesan Cik Mala semasa berada di Madinah…Beliau seorang guru, mmg tidak terlepas dari PEN dan KERTAS….tabiat yg baik jadikan ikutan….sejak itu dalam handbang saya mesti ade pen dan kertas…senang utk ke mana2…dan hingga hari ini diari menunaikan umrah masih ada lagi dalam simpanan….sesekali baca diari itu, pasti teringat kaabah di depan mata….moga2 “sandarkan pada kenangan” itu mampu membangkitkan iman di dada tatkala diri lalai dgn dunia…insya allah…
KEDAI KODET —- kedai yg menjual makanan di tgh2 padang pasir yang terletak di antara perjalanan Madinah ke Makkah… kedai ini masih wujud sekitar 9 thn yg lps…sekarang entah la…namun pengalaman di kedai ini tak dapat dilupakan sampai bile2…kedia ini mejual nasi dan ayam ala2 nasi beriani di Malaysia…time ni, saya, mak, Cik Pidah,dan nenek beli 1 bungkus polysterene ayam dan nasi….ayam yg diberi adalah sebelah di bahagian peha…sgt besar ayam di Tanah Arab ini…kami berempat yg sgt lapar ketika itu makan pun masih berbaki banyak…tpsedang kami makan anak beranak…terpandang disebelah…ada 2 orang Arab yg mcm “HUG” makan ayam dan nasi seperti kami juga tetapi di dalam TALAM YG AMAT BESAR…1 talam besar mereka makan hanya BERDUA!!!….nauzubillah…mmg time ni xtahu la mcm mane arab tu bole sumbat makanan sebegitu banyak dlm perut mereka…hahaha…^_6
MADINAH yg menarik ialah saya dapat pergi ke Raudah..tempat yg dikatakan “taman syurga” dunia..tempat nya sgt damai dan tenang…sempat membuat solat 2 rakaat bersama mak dan nenek..yg lain banyak berjalan melihat tempat2 bersejarah dan bershoping serba sikit…dan sesungguh nya Masjid Nabawi sangat indah di kala sepertiga malam…amat indah hingga tidak bole digambarkan dengan kata2….dgn lantai yg sejuk dan angin yg dingin…alhamdulilah…ALLAH beri nikmat rasai semua itu….alhamdulilah…
di MAKKAH pula, peristiwa yg saya kira kebenaran nya 50-50 adalah melihat bintang…ada pakcik ni berkata di Makkah sangat susah utk melihat bintang…kalau terlihat atau ternampak bintang…berdoa la banyak2…Allah akan kabulkan doa kita…dan saya dapat melihat bintang semasa solat terawih di sana…dan bukan sekali sy melihat nya…hampir setiap hari…byk juga yg saya doakan…dan alhamdulilah, byk juga yg ALLAH kabulkan…tak tahu nk cakap kebetulan atau mmg ditakdirkan atau benar kata2 pakcik itu…entah la…yg penting, syukur …dan sememang nya mak memilih tarikh yg cukup tepat utk menunaikan umrah….seminggu bulan syaaban dan seminggu bulan Ramadhan…kami dapat rasa suasana tidak berpuasa di Makkah dan rasa nikmat berterawih dan bersahur di sana….Alhamdulilah..
tapi dalam byk2 perkara yg dilakukan dan berlaku di Makkah…peristiwa yg paling saya ingat sampai sekarang adalah ketika jejak nya kaki ke tanah haram…dgn meletak selipar di Babus Salam ( Pintu Salam ) terus melangkah masuk ke Masjidil Haram….dan pertama kali melihat Kaabah dgn mata dan kepala sendiri….SUBHANALLAH….mulut bagai terkunci…hanya titisan air mata yg sedang berkata-kata apa perasaan ketika itu….Ya Allah…sujud syukur yg dilakukan bagai semalam sahaja berlaku….seperti ia baru sahaja terjadi …padahal sudah 9 thn diri ini pernah menjejakkan kaki di tanah suci itu….ALHAMDULILAH….moga allah bukan pintu rezeki saya utk ke sana lagi…insya allah….
ingin rasa nya bercerita lebih banyak mengenai Makkah Dan Madinah…namun kata2 byk tersimpan di hati…kerana kadang2 kala perasaan ini tidak bole diexpress melalui kata2…biarlah Allah tahu betapa diri ini sgt merindui utk pergi ke Tanah Suci lagi…insya allah…
dan diri ini selalu berdoa agar suatu hari nant….diri ini berkesempatan utk menunaikan haji pula….
dan dapat pergi ke JABAL RAHMAH tempat bertemu nya Adam dan Hawa bersama suami yg dikasihi…suatu hari nanti..insya allah….
moga ALLAH mudahkan segala nya…insya allah…amiinn…^_^
salam.saye seronok membaca coretan saudari yang boleh saye gelarkan sebagai kakak.manetaw ada input yang bergune di sini memandangkan akak seorang guru.saye juga bakal menjadi seorang guru…InsyaAllah.semoga hidupmu diberkati dan diberi kekuatan untuk terus mendidik anak bangsa.
sarah : tq 4 the comment…yg baik jadikan tauladan..yg buruk jadikan sempadan…^_6