perlukah kita pada sebuah perubahan??
seorang isteri bertanya pada sang suami ” abg, abg syg sy x?”….diam sahaja sang suami sambil berkerut di dahi….” sy syg awk la, sebab tu sy kawin dgn awk…awk ni kenapa ? “…
hancur hati isteri……bukan kerana jawapan tidak memenuhi skema yg ada…namun “CARA” menjawap suami yg tidak kene gaya nya…..
bersabar si isteri kerana memikirkan hipotesis2 yg ada
byk hipotesis boleh dikatakan dlm situasi di atas :
1- mungkin si suami pada ketika itu angin tidak baik, penat blk dr kerja kira nya….
2- mayb si suami tidak ingin ditanya banyak kali soalan yg sama dan berulang….jemu katanya…
3- mungkin pada si suami penat melayan kerenah isteri yg pelbagai, tibe2 tanya soalan mcm ni….dia tak percaya kat aku ke??…
4—bla….bla…bla….5,6.7. etc……mcm2 hipotesis bole dikaji….
namun,
utk seorang isteri…..itulah soalan yg akan ditanya selalu…”sygkah suami pada dirinya??”…walau sudah beranak 3, 4,5 dan 6….soalan itu yg berulang2…
itulah lumrah seorang isteri…sentiasa ingin dimanja…kerana itu dia menjadi isteri…..adakah soalan ” ABG SYG SYG X?” itu ibarat batu dihempas di kepala suami hingga berdarah?atau soalan itu mengundang bayaran hingga 30K yg memeningkan kepala si suami….namun itu hanya lah soalan….soalan lazim utk seorang isteri kepada suami….
teringat semasa di perkhemahan sekolah minggu lepas …seorang anak berkata pada ibunya seorang guru ” mak, kenapa cikgu2 yg dtg ni semua muda2?”….ibu nya menjawap seperti tidak memberi jawapan ” sebab ayah kata mak muda, sebab tu yg ikut ni semua muda2“….anak itu tidak puas hati jawapan si ibu lalu ditanya soalan yg lain “ mak perasan la mak muda, kakak ni lagi muda “….ibu ingin mendidik bukan sekadar anak nya, malah kami semua yg muda di situ lalu memberi jawapan ini ” biarla orang nk kata ibu tua, tapi ayah tetap kata ibu muda….biarlah orang nk kata ibu hodoh, asal suami sentiasa kata kita cantik“….
terkesima ayat itu….” BIARLAH APA ORANG NK KATA, ASAL SUAMI ITU………….“…kerana kata cikgu itu, keberkatan seorang wanita itu terletak pada suami nya……
mulianya tempat suami di hati isteri…insya allah….
utk itu, suami isteri walau sudah berkahwin hampir 5, 6 tahun, mahupun yg baru berkahwin…..fikirlah kembali…bila kah soalan ” YANG, AYANG SYG ABG TAK ” itu kali terakhir keluar dari mulut sang suami??…dan bila kah soalan ” ABANG SYG SYG TAK ?” itu ada di bibir si isteri….
kita orang Malaysia khusus nya amat jarang meluahkan syg kita pada pasangan secara terbuka kerana dikatakan malu dan tak perlu nk menunjuk2….padahal orang luar negara, makin tua makin akrab kasih syg mereka…makin tua, makin berpegang tangan antara pasangan…..yg baik jadikan ikutan tidak kira dari mana asal kita…..berubah la….berubahlah untuk kehidupan yg lebih baik……
andai si suami atau isteri berkata ‘”sy tak reti la jiwang2 ni…not my type “…tanya la kembali pada dia ” andai tibe2 kita sakit, dan ada hanta bunga kepada kita yg terlantar di hospital, adakah kita suka pemberian itu atau kita berkata ” i tak suka la bunga2 ni”….itulah ibarat hati yg luka….ubatnya adalah kasih syg…ubatnya adalah perhatian….ubatnya adalah doa yg terus menerus utk orang yg kita syg….
oleh itu, bagi pasangan yg berkahwin, check again ur marriage…jangan kerana dikatakan malu maka kita pendam hasrat hati ingin berkata ” I LOVE U ” pada pasangan kita….katakanla setiap hari, binalah ia dari hati…teruskan ucapan tulus dari hati…..” SAYA CINTAKAN AWK, ABANG SAYANGKAN AWK, SAYANG SYG KAN ABG ” setiap hari….agar dugaan serta rintangan yg dilalui dalam rumahtangga dapat di atasi dengan tenang dan sabar akibat ucapan yg terbit ikhlas dari hati ini…insya allah…..
utk pasangan yg belum berkahwin….belajar la dari pengalaman…..
belajar la dari kesilapan…..
belajar la dari dugaan yg diberi……
moga2 ALLAH tunjukkan jalan kebenaran…..
kerana KEHIDUPAN ADALAH SUATU PROSES PEMBELAJARAN
::: Insya Allah :::