kali pertama
” sy nk amik gambar dgn En boleh x? “.
boleh.. guna kamera saya sekali ya. Pinta En kepada kawan saya. Terdiam, kaku tidak bergerak.. adui, segannyaa…
MGS ke -9 rasanya di Mandarin Oreintal. menyambut tahun baru 2007.
itu kali pertama berdiri sebelah, tp time ni nak pandang mata pun segan. teramat segan !!
time estimation jumpa : 30 minit
kali kedua
” saya sampai dalam tengahari dgn 2 orang kawan saya.”
Raya 2010.
erkss… ok, selepas 5 tahun tidak pernah berjumpa, sekadar sms, email dan blog. Adui, apakah rupe bentuk nya? cecair ke? gas ke? mahupun pepejal? hahaha… lawaknya perasaan time tu.. mcm2 dlm fikiran.
Kurus?, tinggi?, putih?, ada janggut?, ada jerawat ke?..cuak2.. tuhan je tahu perasaan time ni.. serius x lalu makan sejak pagi sebab nk menanti kedatangan seseeorang ke rumah. haduyai..
alhamdulilah selamat sampai. siap tambah nasi 3 kali.hahaha.. tp time ni hanya borak di rumah dan tak ambil gambar walau sekeping. ni pun shoot dari paparazzi…hehe…
time estimation jumpa : 3 jam
kali ketiga
” sy tunggu kat masjid area rumah pengantin la. before magrib saya sampai “
errrkkss… first time nk jumpe selepas bergelar tunangan.Ya Allah, tuhan saja tahu perasaan ni. Nak pakai baju ape? nk pakai tudung ape? seminggu duk pk pasal attire je..derr sungguh…
” awk pakai baju warna ape ? kalau bole sy nk sama dgn awak “.
[ a-s-k send you image ]. Image whatapps. Ehm mcm coklat tp dia kata warna hijau. biar betik, xkan masalah warna mata mamat ni? hahahaa… lantak pi la, pakai je la coklat sebab gambar bg pun x clear. Lenkali bagi la bentuk baju siap2, ni bg warna baju je.. ajee keeee…
dlm fikiran.. ( mayb die xnk tunjuk gambar baju konon2 nk buat serprise kat saya la.) last2 sy yang ter-serprise sebab warna baju tak sama.. haduyaii…
first time tgk mata dan rupe dalam jarak yg dekat.. tp masih lagi dalam batas2 agama. alhamdulilah.
siap kene tegur,” jgn sentuh sy.. sy ada wuduk..” ( sentap kejap ! aku ke? hurrmm… )
time estimation jumpa : 4 jam
kali keempat
” dah sampai nanti msj sy, sy sibuk nk shoot gambar pengantin ni “
dalam hati..yelerr, die jela sibuk.. sibuk mengalahkan pengantin lak…huhu…
mlm sblm tu ” awk, besok nk pakai baju kaler ape? jom sama ! “.
” sy pakai jeans je. ikut awk la nak pakai warna ape “… eeee… bengang2, nk pakai same kaler pun salah ke? haiyoo… tp husnuzon2.. mungkin bj die byk kat UK, x bw blk Msia.. halal jela..
dan memang tak sama la akhirnya… sorang putih , sorang hijau.. xpe2, hati kt tetap sama kan.
” sy hantar awk kat kereta ya, nnt drive elok2..” dan blk la diri ni sorang2.
time estimation jumpa : 2 jam
kali kelima
mlm b4 tido ” besok sy pakai kebaya coklat, kalau awak ada bj coklat pakai la ek “
” tgk la mcmane nnt. sy pakai baju yg ada “
besoknya.
” nanti sy dtg dgn seluruh family sy “.
” ok, ape2 msj la. sy nk uruskan pengantin “. iyola, as usual bz la katanya.
pengantin duduk kat pelamin. amik2 gambar. siap kenalkan dgn kawan2 UM. siap dpt makan di meja orang sebelah. Lauk die best.
time estimation jumpa : 3 jam
kali keenam
” besok sy nk naik KLCC BRIDGE , nk ikut x ? “
” nak !! sy pun tak pernah naik.”
” nanti komfermkan berapa orang nak naik, sy nk beli tiket. saya dgn adik2 sy dan apan “. ok !
sekali lg, nk pakai baju ape ni ? dh la gi kl x rancang pun nk jumpe sape2. mmg tak bawa baju yg proper la. t-shirt asalkan boleh mmg berlambak la.
susah jg kalau jd orang yg particular every single thing ni ek.. tp organise dan smart tu penting..huhu..
Last2.. memang semua nya pinjam…haha… kasut, seluar, belt, tudung semua kak adha punya. Baju janah. Hanbag syahidah. bagus ada family yg nak dekat sama saiz ni. pinjam jela.
selalu keluar gi mane2 pakai sliper je , kali ni pegi klcc pkai kasut bertutup. Kasut tu je yg kak adha ada dan sesuai, yg lain kasut kerja. over la kalau pakai kasut kerja kan. bukan nk gi interview pun..hahaha…
ini pun rasanya fake giler pakai smart2 gi klcc. xpenah hayat pakai kemeja, time ni la nk pakai kemeja. Dah rasa diri ni enjineer petronas yg keje hari sabtu pulak..hahaha…
dan itulah perjumpaan kami selepas bertunang. Dia balik UK pun x jumpe .
time estimation jumpa : 4 jam
————————————————————————————————————————-
itulah saja perjumpaan kami.
kurang dari 24 jam pun.
Tanpa jumpe, tanpa borak berjam2, tanpa sms setiap hari, tanpa tengok muka . Sedar2 dah setahun dah pertunangan ini diikat. Syukur Alhamdulilah.
Doa saya pada Allah agar cinta dan kasih sayang antara kami semakin kukuh dan utuh dalam penuh keberkatan dariNYA. Insya Allah.
Dia sedang berusaha keras utk siapkan PhD nya, saya pulak berusaha sibukkan diri supaya tak dilanda penyakit hati.
Doa sahaja kiriman dan titipan dari saya untuk dia di sana. Semoga Allah mudahkan segala urusan PhD dia di sana. berikan die idea yang melimpah ruah utk siapkan thesisnya. mudahkan dia untuk viva. jangan ditanya yg bukan2 masa viva nanti. . Ya Allah, bantu tunang ku dalam segala urusan dia dunia akhirat. Insya Allah. aminn.
untuk diri sendiri dan tunang saya : Happy Engage Anniversary.
[ 21/11/2010 - 21/11/2011 ]
( ade ke ulang tahun mcm ni ? xpela, sy happy dengan tarikh2 ni maka sy sambut jela ya. :p )






epi anniversary my dear….moga kalian berdua tertunai impiannya ke jinjang pelamin dan selamat sejahtera melayari alam rumah tangga ke akhir hayat…..
aku doakan kebahagiaan yang berkekalan…..aminnn….insyaAllah
Sweetnya kamu maisarah ingat every detail tentang pertemuan dgn dia..begitulah perempuan penuh dgn pelbagai emosi yg kdg2 lelaki tak berapa nak faham.semoga tunang maisarah menghargai maisarah sebaiknya.InsyaAllah kesabaran maisarah akan dibalas olehNya.
Happy engage anny for both of u.
saya selalu mengikuti perkembangan cikgu maisarah, entry kali ini rasanya hanya sebilangan kecil sahaja wanita yang mampu bertahan,macam cikgu maisarah, andai wanita lain, mungkin mereka tak dapat bertahan lagi… yang penting segalanya berlandaskan Islam… tahniah atas ulangtahun kalian, dan saya berdoa agar kalian bahagia ke akhir hayat dengan ikatan pernikahan yang sah… amiiiinn…(^_^)