Syukur 2011, Welcome 2012 !

Posted: December 31, 2011 in - StOrY MOrY -
Tags: , ,

Alhamdulilah. Syukur ke hadrat Allah s.w.t atas segala nikmat dan rahmatNya masih memberi tangan ini untuk menulis. Alhamdulilah.

Hari ini 31/12/2011. Tarikh terakhir bagi tahun 2011. Pejam celik, pejam celik sudah 3 tahun rupanya diri ini melangkah ke alam pekerjaan. Cepatnya masa berlalu. Jika dahulu blog disi dengan pengisian mengenai alam belajar di Universiti, maka sekarang fokusnya lebih kepada dunia pekerjaan dan peribadi.

Akademik

Permulaan kerja pada 10/11/2008 tarikh sehari sebelum tarikh lahir adikku Natasya Syahirah. Senang je nk ingat mula-mula masuk kerja.

Tahun pertama diberi mandat untuk mengajar subjek Matematik Tambahan. Walhal diri berkobar-kobar ingin mengajar subjek Fizik kerana major utama di Universiti adalah Fizik. Faktor utama pengetua memberi matematik tambahan adalah kerana ketiadaan guru dan keputusan SPM untuk subjek matematik tambahan dapat A1. Tidak ramai guru di sekolah ketika itu yang mendapat A1 dalam matematik tambahan.

Jujurnya bangga kerana diberi pujian dan kepercayaan seperti itu. Alhamdulilah. Maka berbekalkan ilmu guru-guru semasa tingkatan 4 dan 5 dahulu, belajar  kembali dan cuba terapkan dalam diri anak-anak didik tahun 2008. Dan kelas pertama yang saya masuk adalah 4 Azam.

Ketika itu usia baru mencecah 23 tahun, muda ia memang muda. Dan mengajar pula subjek berat macam tu. Masih segar dalam ingatan bila sesi suai kenal dengan pelajar, bila ditanya usia dan subjek yang akan diajar seorang pelajar bangun berkata “ Cikgu, cikgu terlalu muda untuk ajar kiteorang add math”.  Dugaan hari pertama masuk sekolah dan mengajar. Sentap !

Kecil hati sungguh ketika itu, hingga terdetik dalam hati. “ ko tak dapat A la kalau berlagak macam ni, at least aku degree ok ! “. Subhanallah riaknya ketika itu. Ilmu itu milik Allah kenapa perlu ada riak di situ, Allah ampunkan aku. Dan ada benar kata orang, kata-kata guru selalu nya masin. Tahun 2010 keputusan SPM keluar, pelajar yang menegurku itu adalah antara pelajar yang berpotensi namun subjek matematik tambahan yang tak dapat A.  Sebagaimana dia frust tak dapat melanjutkan pelajaran ke Matrik, begitu juga aku frust kerana pernah terdetik di hati begitu. Ampunkan Cikgu.

Dan ini kata-kata pelajar itu semasa mendapat keputusan SPM kepada diriku. “ Cikgu, terima kasih mengajar saya, saya tahu saya banyak kecilkan hati cikgu maafkan saya. Lepas ni saya nk pergi jauh, cikgu doakan kejayaan saya ya.” Jauh di sudut hati mmg luka itu masih lagi tercalar dan pedih, tapi Nabi juga ampunkan umatkan, siapa pula diri ini. “Cikgu maafkan dan belajar bersungguh-sungguh lepas ni ya.”

Rupa-rupanya, kata-kata “pergi jauh” benar-benar dia maksudkan. Selang beberapa bulan dikhabarkan pelajar ini meninggal dunia secara mengejut akibat serangan jantung. Innalillah dan alfathihah buat Arwah. Masih lagi jelas di fikiran bagaimana dia pernah bergaduh dengan aku hingga ke tahap angkat kerusi kerana tak puas hati dengan jawapan yang aku beri. Masih lagi dalam ingatan bila mana hari guru kek kecik dihantar ke meja guru tanda minta maaf atas kekasaran semasa aku mengajar. Anak-anak didikku yang paling aku ingati hingga ke hari ini. Dari dia masuk ke tingkatan 4 hingga hujung nyawa nya. Cikgu doakan semoga dirimu ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan dimasukkan ke syurga kelak. Insya Allah. Amin.

Tahun kedua masih lagi diberi subjek Add Math, ilmu tahun pertama boleh diserap ke tahun kedua. Dan sedikit membanggakan diri ini ialah tahun aku mengajar add math, lonjakan saujana berlaku utk subjek itu. Peratus lulus naik mendadak. Alhamdulilah, bangga pun ada juga.hehe.

Tahun ketiga diberi subjek matematik moden, jika ingin dibandingkan dengan add math. Math moden jauh lebih senang tetapi Allah uji dengan diberi kelas-kelas hujung yang memerlukan kesabaran yang amat tinggi untuk mengajar.

Dan tahun baru ini 2012, sekali lagi aku perlu belajar bersungguh-sungguh sebagaimana aku pernah buat semasa tahun pertama dahulu. Aku diberi mandat untuk mengajar subjek Fizik. Allahu Akbar. Setelah 3 tahun buku fizik tersimpan rapi dalam kotak, aku dah mula selongkar buku-buku yang ada untuk belajar dan mengajar ! semoga Allah beri aku kekuatan dan kecekalan hati dalam mengajar subjek baru untuk aku ini. Insya Allah. Amin.

Yakin dengan janji Allah tidak diberi dugaan kepada hambaNya setimpal dengan dayanya. Dan buat kerana Allah pasti tenanglah hatimu.

Sukan

Itu mengenai akademik. Selain akademik, guru juga dipertanggungjawapkan untuk mengajar sukan kepada pelajar. Walaupun cikgu itu “kayu” dalam bidang sukan. Dan aku kategori “kayu” tang-tang sukan ini. J

Tahun pertama 2008 aku diberi sukan bowling. Di bawah tunjuk ajar Cikgu Azrun yang merupakan pemain negeri, hamper setiap tahun anak didik dia akan pergi ke peringkat kebangsaan. Dan lebih membanggakan Cikgu Azrun juga adalah alumni UM dan fakulti Sains. Maka senang berurusan dengan alumni ni. Dan salah satu faktor aku sangat suka kereta civic kerana pernah cikgu azrun pakai civic.Kiranya the only org UM yg aku jumpe di sekolah, menyebabkan banyak benda aku belajar dari cikgu azrun ni. Terima kasih Cikgu ini.

Tahun kedua 2009 aku diberi sukan Hoki. Pada saat ni kayu hoki pun aku tak pernah pegang apetah lagi nak ajar pelajar main. Tapi alhamdulilah dapat rakan sekerja Cikgu Muezzam yang saling membantu, aku belajar cara-cara nak main hoki. Short corner, long corner tahu la juga. Dan perkara paling aku ingat dalam sukan ini adalah ketika pelajar aku terkena bola hoki di dahi hingga berjahit. Terus bertindak sebagai Doktor untuk memberi rawatan kepada pelajar sebelum ambulan datang. Antara “sweet memory” yang aku dapat ketika handle sukan ni.Sememangnya hoki permainan yang mencabar tetapi fun!

Tahun ketiga aku diberi lagi sukan yang berbeza. Bola Baling. Kayu juga tentang permainan ini. Tapi alhamdulilah, Allah kurniakan aku rakan sekerja yang selalunya pakar dalam bidang yang aku tak tahu. Cikgu Ismahadi pemain bola baling negeri ditukarkan ke sekolah aku dan ditugaskan dalam sukan yang sama dengan aku. Alhamdulilah, syukur orang yang sekepala dengan aku. Senang berurusan dengan dia. Dan disitu ilmu bola baling juga aku dapat pelajari, alhamdulilah. Thanks Cikgu.

Dan tahun ini, aku mendapat sukan yang berbeza juga iaitu Sofbal. Nak tergelak juga aku semasa melihat nama di buku pengurusan, tgk orang main sofbal pun tak pernah. tp tidak mengapa.. sebagaimana aku belajar mengenai bowling, hoki, dan bola baling. Aku juga perlu buat perkara yang sama untuk sofbal. At least learn somting new every year kan!.

Tahun 2012

Maka, tinggal lagi beberapa jam nak sampai la tahun baru 2012. Dari sudut kerja, sedang belajar erti reda dan bersyukur. Walaupun bebannya semakin terasa, tapi niat awal tahun buat KERANA ALLAH. Insya Allah Allah mudahkan urusan kita.

Utk permulaan tahun dimulakan dengan majlis perkahwinan sahabat karib khairunnisa di kedah dan sepupu rapat Islam, Iman dan Janah. 3 pengantin serentak dalam 1 majlis. Doa aku semoga segala urusan majlis dapat berjalan dengan lancer dan diberkati Allah. Amin. Insya allah.

Tahun ini kene manja dengan mak dan ayah sepuas-puasnya. Nak jadi anak yang baik dan solehah. Di samping belajar menjadi seorang isteri dan ibu. Insya Allah dengan izinNya.

Wishlist 2012 banyak, sedang dicoret dalam sisipan lain. Biar Allah sahaja yg tahu dulu, kemudian baru dikongsi dengan manusia. Apa-apa yang berlaku pun Allah yang takdirkan, maka semua permintaan biarlah melalui Allah dan doalah bersungguh-sungguh. Moga2 Allah dorongkan hati-hati dan tunaikan segala permintaan ku.  Aminn…Walau “mereka2” tidak tahu,cukuplah Allah tahu dan sentiasa disisi. Allah always there for you kan!.

Selamat Tahun Baru 2012.

Salam sayang dan ikhlas dari,

-Maisarah 2011-

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s