Benar firman Allah, berdoalah kepadaku. nescaya akan ku perkenankan. Alhamdulilah.
Seminggu cuti sekolah yang gembira dan penat. Bukan penat berjalan, tetapi penat merancang. Membuat perancangan lebih susah dari melaksanakannya.
25/1/2012. segala persoalan terjawap akhirnya. Syukur ke hadrat Allah kerana di atas kurniaNya, di atas izinNya maka terpilih juga hari yang telah ditetapkan. Alhamdulilah, syukur Allah.
Banyak sungguh perlu dirangka, banyak juga yang perlu di”spend” kan. Adat dalam semua perkara, pasti memerlukan modal. Hatta ingin sembahyang juga memerlukan modal telekung dan sejadah. Bole juga tanpa telekung dan sejadah, tp masih memerlukan baju bukan.
Seminggu yang lepas, perbincangandi lewat malam menyebabkan diri tidak terurus dengan baik. Sifat nk semua bende ada cepat perlu ditangani lepas ini. Tidak boleh terlalu tergesa-gesa dan kelam kabut. Walau asalnya, mahu tidur pun tidak lena.Benar kata bijak pandai , tidur yang lena juga satu nikmat. Allah tarik nikmat tidur lena, fikiran sentiasa terfikir itu dan ini, menyebabkan kitaran hidup jadi tidak terurus. Subhanallah.
Diri ini perlu penenangan, diri ini perlu bersabar. Allah tidak menjadikan sesuatu itu utk perkara yang sia-sia. Sabar dalam bersabar.
Benar Allah berfirman, setiap orang telah ditentukan rezekinya. Kita perlu berusaha dan jika Allah takdirkan pasti ianya milik kita. Tidak disangka, di kala akal fikiran manusia mengatakan mustahil utk perkara itu berlaku. Alhamdulilah Allah izinkan dan ianya berlaku. Cume nasihat kepada diri sendiri agar jangan riak, jangan takbur, segala-gala yang berlaku adalah kehendaknya. Teruskan bersyukur dan bertaqwa. Insya Allah.
Sekarang ada beberapa perkara lagi yang belum diselesaikan, maka fikiran masih lagi terfikir itu dan ini. Tidur juga tidak betul, jam 3 pagi masih lagi berfikir utk itu dan ini. Tekak sudah beberapa hari sakit dan minta diberi ubat, tapi diri ini pula malas nk keluar mencari ubat. Ya Allah, jgn biarkan hambamu ini sendirian walau sekelip mata Ya Allah.
Tiada daya , tiada kudrat tanpa izinNya. Aku mengharap yang terbaik untuk segalanya. Mengharap agar segala yang dirancang dapat berjalan dengan lancar dan berkat. Ya, aku ingin kan keberkatan dalam menemui alam baru. Berkat itu yang dicari, berkat itu yang pasti dapat membawa bahagia hingga ke syurga. Insya Allah.
utk permulaan 2012 Allah kurniakan pelbagai kebahagiaan demi kebahagian. Alhamdulilah. Walaupun pada pandangan manusia ia nya adalah suatu “keburukan”, pandanglah sesuatu itu dengan mata hati, Insya Allah disitulah sebenarnya bahagia yang kita cari selama ini. Insya Allah.
Kalian doakan ya !
alhmdulillah…berkat kesabaran dan air mata yg tumpah…..DIA dh perkenankan….syukur