Feeds:
Posts
Comments

bait bait dalam Nur Kasih

” Isteri orang lain ade emas sana sini….isteri abang……” lalu disambung ” isteri abang ada abang..”

ucapan ini masih jelas di telinga ini…it just a word ….tp perkataan itulah yg menjadikan episod kali itu segar dalam ingatan…

di suatu hari….. terdengar di telinga ini…..

” cukuplah harta sy adalah awk…..harta lain sy bole cari…tapi awak sukar dicari ganti …”

agains…it just a word..atau dgn erti kata lain ” jiwang karat “…tp itulah penguatnya….itu simbol motivasinya…moga ia datang dari hati dan diluahkan dgn kata2..insya allah….

( dan most of gurl suke kalau ayat ini dituju utk mereka…even it just  a “WORD”…am i rite??? )

ada juga suara yg didengari…” aku x jumpe link yg hubungkan korang berdua…mcm xde kaitan langsung…”…( sy akui itu…)…kuasa ALLAH..blog menjadi ” orang ” tengah nya….

ketika makan rojak di gombak…..tekadkan hati bertanya ” awk,………..” …dan jawapan yg diberi tanpa tapisan membuatkan diri terkesima….dan hujung minggu terus ” make one step ahead” ..terima kasih kerana mempunyai niat itu…

tidak lama selepas itu, pertemuan byk yg tidak dirancang….namun DIA mudahkan utk bertemu….kadang kala yg tidak dirancang itulah yg memberikan kenangan yg indah….

ada juga ketika rancangan sudah diteliti dengan  rapi…tp tiada rezeki…maka ALLAH jua tempat bergantung…insya allah….

setelah sekian …………….

angin malam di kampung portugis seperti menyapa hati dan naluri….. sepertimana enak nya jus mangga , begitulah indah nya duduk bersantai sambil berborak misi dan visi hidup bersama….

biarkan diri nya berbicara…selalu nya mulut ini yg petah berkata2…tp mlm itu, ingin mendengar pandangan serta luahan dia…kalimah yg jarang aku dengar kerana aku selalu berbicara lebih sudu dari kuah….maisarah…maisarah…..

selesai berborak…dia inginkan komen ….

lama aku terdiam mendengar setiap kalimah yg keluar dari mulutnya…..” later i will comment bole? ….”….anggukan tanda setuju menyenangkan jiwa…alhamdulilah….terima kasih…

so, today aku berniat utk comment wat he says :

” terima kasih kerana sudi berkongsi cerita suka, duka, pahit, manis awk dalam melalui hidup ni dengan saya….terima kasih kerana berlaku jujur dalam berkawan….terima kasih kerana mencipta kan angan2 dan impian  yg menyenangkan hati mendengarnya….sekarang ia adalah angan2…namun sy pasti suatu hari nanti dengan usaha, doa, tawakal…pasti ALLAH makbulkan setiap bait doa dan usaha kita..insya allah…tahniah kerana mempunyai hati yg terdorong utk menolong orang Islam dan agama Islam….agama ALLAH….benar ia hanya kata2….namun kerana kata2 itulah yg memotivasikan kita utk merealisasikannya….suatu hari nanti pasti ia akan menjadi kenyataan…jika  tidak 100% namun ALLAH tahu niat kita…setiap perbuatan dengan niat yg baik…akan dimudahkan olehNYA…

terima kasih kerana banyak menyedarkan saya tentang hakikat kehidupan….apa yg ingin dicari didunia ini…apa yg ingin dikejar lagi..apa yg ingin dicapai lagi…..terima kasih kerana meluaskan minda dan pemikiran ini … byk yg sy belajar dari awak…walau ia hanya kata2….teringt kata dari blog seseorang “ tulislah andai sukar utk melafazkan nya”…namun awk berjaya melafazkan impian dan harapan dengan kata2…TAHNIAH awak!!!…..

lastly…terima kasih kerana menjadikan sy SAHABAT, TEMAN, RAKAN , DAN ________ AWK “….( sy harap “awk” faham )……

semoga ALLAH memberkati hubungan yg ada….sama2 lah kita berdoa….” wahai tuhan kami, jadikanlah kami beroleh daripada isteri-isteri serta zuriat keturunan kami, perkara-perkara yg menjadi penyejuk mata ( menenangkan hati) , serta jadikan lah kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertaqwa ” – surah al-furqan ayat74 -

semoga ALLAH mudahkan awk menjadi imam bagi orang yg bertaqwa….insya allah…. ”

- ikhlas, Maisarah Razali -


nota kaki  : awk = AHMAD NAJMY HAMZAH

ahmad najmy hamzah

PiCtUReS

alumni SMTJ

alumni SMTJ 3rd raya @ ILL’s house

my tadarus group

group tadarus di masjid al azim , melaka

ME N FAZLINA

Fazlina my best fren dari darjah satu sampai sekarang

imam's family

imam’s masjid al-azim & family datang rumah beraya

my school mate

berbuka puasa wif my school mate

tira n zira

atirawani & azirawani @ adik beradik angkat

tq 4 being my best buddy

depan masjid selat melaka

me @  masjid selat

MYSARAH @ MASJID SELAT

IMG_6900

” kt lapa la shila..ade ape2 umah kamu bole dimakan?” soal iman di awal pg Aidilfitri….

seperti tahun2 sudah…jika aidilfitri disambut di Melaka, port makan di rumah aku @ rumah nenek…thn lps umah nenek, thn ni umah aku pulak…

istilah Hari Raya amat ditunggu-tunggu oleh semua warga cucu nenek n the geng… bukan duit raya sgt yg lebih diidamkan…namun dapat berkumpul  bersama yg kami semua impikan…semasa kecil mudah sgt utk berkumpul, kalau mak ayah blk raya di umah nenek maka anak2 akan turut blk…namun sekarang semua nya makin dewasa…semakin ramai yg bekerja…dan semakin ramai pula yg bakal membina keluarga baru….

zaman kanak2 sibuk hari raya kerana duit raya —– pg2 lagi dh bgn utk smbhyg raya,lps makan je pasti kami sepupu sepapat berjalan raya dari rumah ke rumah di permatang pasir ini…pada thn90-an mane ade camera, hp…maka abang2 yg besar diamanahkan menjaga adik2 yg kecil…penah suatu ketika kami berjalan kaki hingga ke ujung pasir dari permatang pasir…jauh tu…dgn niat di hati ingin mengumpul duit raya…( balik semua naik bas sbb duit raya dh byk…hehe..) moment yg tak dibuat oleh generasi sekarang…..TV dan GAME lebih diminati dari berjalan panas2 rumah ke rumah….

zaman remaja sibuk bercerita mengenai Program2 Universiti —–- usia meningkat, perangai juga makin berubah….ketika usia mencecah belasan tahun..byk yg ingin dikejar, byk yg perlu dipelajari….maka perjumpaan kali ini lebih ilmiah…setting cerita lebih kepada apa yg “KAMI”  alami sendiri2…ada yg sibuk dgn program universiti, ada yg sibuk bercerita mengenai universiti , x kurang juga bercerita mengenai “Boyfren & Girlfren” masing2….namun ketika ini ahli cucu nenek berkurang seorang iaitu  abg shieding raya di DUBAI sebab bekerja di sana….

zaman awal dewasa ( sekarang ) —- perbezaan semakin ketara dialami tahun ini… tahun ni ramai yg sudah bekerja…iman , islam, dila, janah, aku, momat, shiding.. kami jarang berkumpul bersama-sama berborak2…hanya hari raya la peluang yg ada utk bersembang….dan kali ini mulut masing2 sibuk dgn dunia baru….iman dgn offshore nya, dila dgn petroleum nya, islam dgn shipping nya, janah pula masih seminggu jagung dgn plan nya dan aku pula dgn kisah anak murid yg mencuit hati..seronok bercerita sambil memberi pendapat..terasa ukhwah kami semakin erat…

+ kene bg duit raya sudey….huhu…

akk bg fatihah duit raya

selain itu, penambahan ahli keluarga baru dlm family aku turut terasa differ nye…huhu…abg shiding sudah berumah tangga..sekarang kak adha sudah 6 bulan mengandung…bulan 12 ni ada anak buah pertama dlm fmly ni…sukenye!!!….dan raya kene bahagi dua…raya pertama di melaka…raya kedua kene blk jb…umah kak adha…ehm…adat berumah tangga…semua kene bahagi sama rata….huhu…

my family

oleh sebab itu,setiap tahun saat yg ada digunakan se-maksimum mungkin…bukan kerana kami giler camera…tp moment utk bersama seperti thn2 sudah pasti akan hilang sedikit demi sedikit..maka gambar dan memory la yg mampu mengubat rindu kami semua kelak…insya allah…

dan syukur aku dikurniakan keluarga yg bahagia….syukur Allah berikan nikmatnya dalam bentuk sebegini….alhamdulilah Allah sygkan family kami…

all of us

buat keluarga yg suram dan muram di hari raya , jgn sekadar duduk di depan tv beramai2 tanpa bicara, jgn sibuk mengambil makanan sambil tgk inti sarri ancangan yg ada….namun ciptalah kegembiraan dan keceriaan di keluarga anda…kami semua bukan tidak ada masalah yg ingin difikirkan…kami semua bukan tidak ada komitmen yg perlu digalas, hepiness kami semua bukan nya memerlukan ringgit semata2…. namun bile Allah memberi peluang utk kita berhari raya bersama…cetuskan suasana yg gembira…bina lah environment yg ceria…sama2lah kita mencari bahagia dan gembira….

kerana  BAHAGIA IBARAT MAWAR YG DITANAM, IA TIDAK LANGSUNG BERSERI SEBAIK DITANAM, NAMUN IA PASTI AKAN BERBUNGA

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI SEMUA…MAAF ZAHIR DAN BATIN ATAS SEGALA KESALAHAN YG KESILAPAN YG DILAKUKAN…

mEnUNggU nASi MInYaK

:: tq so much 4 this song ::

cheer up my day!!!

ramdhan ke 22…mlm ke 23…semenangnya seminggu ia bermain  di fikiran ini hanya ingin bejumpa, berbuka bersama, dan merapatkan ukhwah yg sedia ada….

namun takdir Allah lebih dari itu…di saat bas telah ade di depan mata, di biarkan pergi begitu sahaja….di saat telah bersama utk berbuka puasa, namun Allah takdirkan berbuka berbeza-beza….

sakitnya hati ini…pedihnya jiwa ini…pilu nya perasaan ini tidak dapat di gambarkan dengan kata-kata….antara kecewakan perasaan kawan-kawan atau perasaan ibu bapa….tak tahu dimana silapnya…tak tahu dimana salahnya…tibe2 ibu bersuara…” tak payah pegi la adik….”

Ya Allah keputusan yg sukar di buat….hati menangis2 ingin ke sana…namun perasaan mak ayah yg perlu diutamakan…kerana tanpa mereka tiada kita di sini…senang utk berkata-kata namun amat sukar ditanggung perasaan yg melanda….Ya Allah, tolong tabahkan hati ini…bantu lah tenteramkan hati ini… bina la semangat yg kental di hati ini…

Ya Allah, jika nama nya tiada rezeki…roti di dpn mulut tetap jatuh tidak bole dimakan….bas sedia menunggu tetap tidak bole di naiki….diri sudah disisi tetap tidak bole bersama…itu namanya tiada rezeki…konsep yg mudah difahami namun sukar utk menerima nya….sesungguhnya hati ini belum kuat iman nya pada Mu…sesungguhnya hati ini masih rapuh dalam memahami qadak qadar Mu…sesungguhnya hati ini terlalu hina pada pandanganMu…

Sabar Maisarah…itu yg perlu kau lakukan…Belajar menerima qadak dan qadar Allah dgn tenang dan redha…Pasti tenang hati2 yg sentiasa mengingati Allah…pasti damailah hati jika segala2 nya kita letakkan utk Allah jua…pasti ade hikmah yg besar yg Allah sembunyikan utk air mata yg jatuh….pasti ada sesuatu yg ingin Allah sampai kan dalam tangisan yg diberi…pasti…insya allah….janji Allah itu pasti….

buat insan yg sudi menemani di saat2 sukar begini..tiada kata yg mampu aku ucapkan selain ucapan TERIMA KASIH yg tidak terhingga…moga2 dgn dugaan serta cabaran yg DIA berikan akan lebih kukuhlah ukhwah kita…terima kasih atas kata2 perangsang serta memahami situasi yg melanda…terima kasih kerana memberi kan ayat ” maafkan semua orang……”

dan sesungguhnya hati ini ingtlah KITA MERANCANG….ALLAH JUGA MERANCANG….NAMUN PERANCANGAN ALLAH ADALAH YG TERBAIK…..all da best my heart!!!

:: TaDArUs sUatu UKhWAH ::

alhmdulilah….tahun pertama memasuki kumpulan tadarus masjid al azim negari melaka….sebelum2 ni duduk belakang tiang mengaji sendiri2 je….nk msk kumpulan mcm x layak je..malu, segan,  nk mengaji depan2 nenek2 yg tiap2 hari mengadap quran…( aku ni ngadap pc je..)

pengalaman menarik melihat “orang-orang”  yg bertadarus ni….setiap kumpulan dibahagi kpd 10 orang …n everyday kene abiskan 1 juzuk….seorang bc 2 helai….insya allah dlm 1 bulan, 1 quran dpt dikhatamkan….amat sistematik tadarus yg Allah sunatkan di bulan ramadhan….cukup sempurna padaku….

setiap kali turn aku utk mengaji…pasti hati ni bergetar2….takut byk salah dan silap nya…takut nya bacaan tidak lancar…takutnya akan dikatakan tidak pandai mengaji…semacam perasaan yg tak dapat digambarkan…cuak, malu, takut salah…semua ada….tp ade suara seorang ustazah berkata…

” kenapa nk malu bile bertadarus…mmg tadarus fungsi nya membetulkan bacaan rakan-rakan se-tadarus…yg silap kita betulkan…yg handal menolong yg lemah…yg lemah perbaiki bacaan…lama2 semua orang dapat manfaat nya..”…

itu kata ustzah…dan sebenarnya ia lebih dari itu….pengamatan bile bertadarus bersama2 nenek yg kian dimamah usia..byk pengalaman yg bole diperolehi…byk gaya serta lenggok bacaan yg bole didengar oleh 10 ahli kumpulan yg berbeza latar belakang nya…dan paling indah adalah UKHWAH yg terbina….kami tidak pernah kenal secara peribadi…namun keikhlasan hati menolong membetulkan bacaan rakan-rakan yg lain itu mengharukan….bacaan kita diperhatikan dan dibantu jika ade kesalahan..tidak perlu dibayar utk itu…segala nya dilakukan sempena bulan barakah ni…alhmdulilah….setiap yg ALLAH perintahkan apsti ade hikamh yg besar…insya allah…

selesai tadarus ade moreh setiap malam…sumbangan dari pihak masjid dan orang persendirian…alhamdulilah…rezeki dikongsi bersama….ya allah, agungnya aturan MU…. murahnya rezeki yg KAU kurniakan…alhmdulilah…

bersyukur kerana ALLAH masih memberi peluang utk merasi nikmatnya beradarus…nikmat nya mengaji al -quran….malah dikurniakan pula pahala yg berlipat kali ganda….moga2 pahala itu mengurangkan dosa selama kita hidup….moga2 dapat membantu kita di akhirat kelak..insya allah…bersyukur aku pada MU….

kepada yg lapang atau mempunyai  masa…luangkan sedikit masa utk al-quran…at least half is better than none…hiasi mlm2 dgn mengaji…takut-takut  kita tidak berjumpa lagi Ramadhan yg akan datang….

selamat bertadarus semua…^_^

BaS DaLaM KeNaNgAN

” adik….bas dh dekat….siap cepat!!!”….

terus melompat dari pokok rumah jiran ke tanah…itu laungan abg ketika darjah lima…

masih segar dalam memori….abang akan memanjat pokok rumah jiran utk ” memantau” bas awam dah sampai atau pun belum….( padahal bole je tgk kat bawah ni..)….dasar budak2 kecik yg  nakal…makin tinggi pokok itu, makin tinggi la panjat nya…hingga nenek umah sebelah tebang pokok nya takut kiteorang panjat lagi…^_^..haha…itu  perangai abag ketika menunggu bas bersama aku  pada usia 11 tahun….

bas sekolah

bercerita mengenai BAS…mcm2 pengalaman yg aku dapat ketika kecil hingga dewasa kini dengan perkhidmatan ” BAS ” yg ada….

sekolah jauh dari rumah, mak dgn ayah keje awal pagi…x sempat nk hantar ke sekolah..maka perkhidmatan BAS SEKOLAH adalah rutin utk kami adik beradik…namun yg sempat naik bas bersama hanya lah aku dan abang…jarak usia setahun menjadikan kami seperti best fren pada awal meniti usia…

teringat suatu ketika, ketika di dalam bas…aku dan abg pasti ade tempat khas duduk dkt dgn driver atas desakan nenek pd pemandu bas… nenek waktu tu sgt rock, siap marah sorang pelajar ni sebab ter”cium” aku di dalam bas dgn alasan berhimpit2 di dlm bas….( sekarang mamat tu adalah bilal di kampung aku…alhmdulilah)..haha…then dalam bas tu, hanya kami berdua sahaja yg sek cina..maka kami akan diberhentikan last sekali….habis semua pelajar dh sampai sekolah, baru kami jejak kaki kesekolah SRJK C  PAYFONG II….dan selalu juga kene rotan sebab dtg lmbt…tp nk buat mcmane….huhu…

balik sekolah pun naik bas, tapi bas yg berbeza..kali ni kene naik BAS AWAM @ BAS S.K.A (Syarikat Kenderaan Aziz )…mmg rutin blk sekolah, pegi mengaji dan terus berkejaran tunggu bas awam utk ke sekolah agama…dan kami ade pilihan samaada BAS S.K.A atau BAS TOWN….cume bezanya BAS TOWN destinasi hanya sampai di Ujung Pasir, manakala BAS S.K.A bole pergi sampai ke Muar…

” adik, hari ni adik belanja shiding naik bas..nnt ptg nnt shiding belanja adik nasi lemak..”…itu pujukan abg ketika naik bas…selalu nk “pau” aku….dan seperti budak2 yg bersekolah agama di Melaka, sesi sekolaha akn tamat jam 630 ptg…as usual kami tetap akan naik bas utk blk ke rumah di ALai dari Ujung Pasir…hanya selepas jam7 mlm jika kelibat tiada dirumah baru mak akan menyusuri Padang Temu, Ujung Pasir, mencari kami 2 beradik…ketika ini tiada langsung kebimbangan anak2 utk blk sendiri…( kalau sekarang mcm2 kes culik akan berlaku..)

hingga pakcik nasi lemak ujung pasir pun dh kenal kami berdua…”tengejalnya” kami dua beradik tiara perinya…hingga dh besar pakcik tu masih bertanya pada mak kalau mak singgah beli nasi lemak di gerainya….” ABU BAKAR sihat?..kerja mane sekarang?”...”dulu die kecik die suka sgt beli nasi lemak ni…hingga sanggup kumpul duit 2,3 hari sebab nk makan ayam kari ni”...cerita emak di meja makan semasa berbuka puasa….arwah pakcik tu sebulan lalu…alfatihah…

bercerita mengenai Sekolah Cina…

BERDIKARI itulah yg emak dan ayah tanamkan dalam diri kami duA beradik sejak kecil lagi….pada ketika itu, berapa kerat je orang melayu yg berani menghantar anak mereka ke sekolah Cina…even arwah atuk pun melarang ayah menghantar kami ke Sekolah Cina dengan alasan “ nnti budak ni kencing berak tak cebok”…ditambah pulak ” nnt tak belajar agama cucu aku ni kalau sekolah cina...”…namun itu hanyalah pandangan dan pendapat golongan yg “pro melayu” ketika itu…takut anak x belajar agama, takut anak makan makanan haram, takut anak x ikut adat melayu….tapi ketegasan ayah ingin anak-anak nya sekolah cina menjadikan kami seperti sekarang….mempunyai kelebihan utk berbahasa lebih dari 1..kami bole berkomunikasi dlm 3 bahasa…dan alhmdulilah…tuntutan agama tidak kami abaikan….insya allah…

tetapi peritnya sekolah cina hanya tuhan yg tahu…..tak siap kerja rumah sebat!!!.. meniru kerja kawan cikgu jemur tgh padang….kerja matematik at least 50 soalan per day… x siap panggil mak ayah dtg sekolah….dah la ketika itu, satu sekolah hanya ada 3 orang sahaja orang melayu…ckp melayu kawan2 tak  faham, ckp cina kami tak pandai…nk tak nk..belajar la cakap cina sebab kaum cina adalah majoriti….itu keperitan serta kesengsaraan yg aku alami selama 6 thn sekolah cina…sampai pernah suatu ketika terniat dlm hati...” aku x nk cakap cina lagi slps ini…” ….namun ketika naik tingkatan ..semua nya bahsa melayu….segalanya dalam bahasa melayu….amat mudah…tiada kesengsaraan sedikit pun….maka terasa rindu pada bahasa cina….rindu nk tulis tulisan cina….rindu nk tulis khat Cina gune dakwat hitam….i miss Chinese school so much….dan sebab BERDIKARI nya aku di sekolah Cina dulu menjadikan aku kuat seperti sekarang…..sedikit sebanyak aku lebih tabah dan kuat semangat  utk mengharungi cabaran dandugaan yg ada..insya allah…

bercerita mengenai zaman kanak- kanak amat mengujakan….bukan kerana kesenangan yg aku dapat…namun hidup susah yg menjadikan kenangan itu amat indah…dahulu, abg dan aku amat terkenal di stesen2 bas….hampir semua  pakcik driver bas serta konduktor bas kenal kami berdua….kerana selalu naik bas jam 630 ptg dimana waktu itu waktu orang blk bekerja…dan seronok nya memori waktu ini ialah ….. BAS TUNGGU KAMI..bukan kami yg tahan bas…haha….^_^…. teringat ade sorang abang ni…selalu bawa bas jam 630 ptg, dia tahu kami dua beradik akan naik bas utk blk umah..kalau kami lambat..di akan tunggu di stesen bas utk bawa kami balik….bayangkan dalam bas yg penuh sesak orang blk bekerja bas boleh berhenti dan tunggu kami….dah la tunggu duit tambang bas  tak ambil pulak tu….ya Allah baik nya abang tu….jasa mu dikenang abang…. mmg best sgt kalau fikir saat2 itu….

till now dah mcm2 bas aku naik…bas sekolah, bas awam, bas express, bas persiaran, bas kilang…mcm bas aku dh naik…feeling  naik bas x sama dgn feeling naik kereta…kadang2 naik bas bole memberi ketengan utk kita berfikir….itu yg aku lalui ketika naik bas dr KL ke MLK… x payah penat2 nk drive alone travel MLK – KL….huhu…tapi  tidak smua kenangan indah…..ade juga pahitnya..normal la tu…pahit manis la menjadikan masakan itu sedap dan menyelerakan …. adat la dalam kehidupan juga begitu…

sekarang dah jarang aku naik bas… semenjak bekerja lagi la… hampir setiap hari naik kereta….adik2 aku pula smua pergi sekolah berhantar…balik sekolah berambil…lambat amik sikit dah tarik muka masam…. tak nak naik bas sebab sempit la, xnk himpit2 la…byk songeh betul…. pernah suatu ketika aku menunggu bas awam hampir 3 jam utk blk ke rumah … takut telefon mak nnai balik kene marah..sanggup tunggu…tapi sekarang adik2 aku baru tunggu 30 minit dah nk melenting sane sini…mungkin dunia dah berubah…zaman dh maju…huhu…tapi feeling menunggu bas, naik bas adalah suatu feeling yg dapat dirasa oleh orang yg pernah naik bas sahaja….

suatu hari nnt aku nk naik bas ke Mahkota Parade la….nk mengimbau memory silam….mengimbau basikal hilang , mengimbau tgn patah akibat degil ckp mak, mengimbau kene air hujan …semua nya berlaku di stesen bas di Bandar Melaka….perit di lalui namun indah bila  dikenang…..

ade kesempatan aku  share memory zaman kanak2 sy lagi…^_^

muke sengal adik dgn abang

Puasa + Cuti + Jalan….

Alhmdulilah…syukur….berjumpa lagi di sini….

…………. Puasa —— cuti sekolah ——— jalan2………..

dah seminggu dah kita  berpuasa … dan sudah 10 hari cuti sekolah….. seperti sekejap je masa berlalu…

pengalaman saya sebagai GURU berpuasa  sewaktu cuti sekolah  akan ku coretkan utk entry kali ni…

Puasa -1 ( sabtu ) :

utk tahun ini hari pertama puasa disambut meriah oleh keluarga saya..kedatangan Cik Mala, Cik ta serta Abang dan Kak Adha disertai pulak oleh  family yg sedia ada di melaka…bak kata ayah “  dah lama x berkumpul mcm ni…1 family  ade…abang, adik, intan, ika, ira, aisyah , fathihah, kak ngah, mak, ayah….dan tambah sorang ahli keluarga baru iaitu Kak Adha…menantu pertama umah ni”..beriya mak masak utk menantu baru ni…hehe…alhamdulilah…murah rezeki utk kt satu family berkumpul….

dan celahan oleh Cik ALa ” yati, tahun ni ade menantu sorang…bile nk ada menantu kedua pulak??”….ekekek….^_^

dan terawih pertama di AL Azim…alhmdulilah saya menyertai Kumpulan Tadarus …moga ALLAH kuatkan hati dan kentalkan iman utk terus bertadarus hingga akhir Ramadahan..

( ade mode sedih hari ni…tp hold dulu )

: berbuka puasa di rumah aku,MELAKA :

Puasa -2 ( ahad )  :

puasa kedua tiada byk beza nya…cume hari ni lebih banyak duduk rumah dan bangun lambat…hehe…

abang blk ke Jb utk berbuka di umah Kak Adha…adil katanya…( dh kawin semua kene bahagi dua…huhu…)

: berbuka puasa di rumah nenek, MELAKA :

Puasa -3 ( isnin ) :

hari ni aku sudah berada di kl…dengan alasan ingin membetulkan komputer …

thanks to azim sudi utk betulkan  pc aku yg rosak..jumpe azim di restoran dpn bomba…( memory bersahur di bomba semasa belajar di UM…huhu…)

duduk di umah Abang sambil baca buku2 Add Math serta apa nk diajar next week ( gigih seorang guru…cuti pun buat keje…hehe..)

malam berterawih di umah Cik Nor…bacaan imam die best!!

: berbuka puasa di umah Cik No, KL :

Puasa -4 ( selasa ) :

hari ni bermula la operasi membuat kuih cornflakes “kasih sayang” dengan janah…b4 that gode2 facebook dan view kawan2 dan bc info2 yg ade…

separuh hari buat kuih “kasih syg”…then amik mek wa utk berbuka sekali

mlm tu konflik pulak terjadi sbb salah faham antara ” penjelasan dan penat “

nangis la juga mlm tu….sob ….sob….sob….

cornflakes kasih sayang

: berbuka puasa di umah Cik No, KL :

Puasa -5 ( rabu ) :

pagi2 lagi dh buat kecoh…penjelasan perlu dilakukan agar tiada bad  assumption…haha..( autokratik bertempat ek..huhu…)

alhamdulilah…teliti aku dengari dan amati…moga Allah berkati hub ini…percaya itu perlu…insya allah…

pegi klcc….jalan2 di petrosains…bertemankan janah n frenz….sambil jalan janah beri penerangan…best!

selesai solat zohor, cadangan ke Ikea digagahkan juga walau tahu itu peak hours orang blk keje…sian penat dia drive semata2 nk g ikea…siap “dipaksa” ponteng kelas lagi…huhu…

tp berbaloi yg amat berbuka di Ikea coz dgn harga buffet RM15.90 bole makan mcm2 makanan….

dan hari yg x bole dilupakan…separuh air tebu sudah aku minum, namun  mendahulukan aku utk memakan kurma….

suapan istimewa…insya allah….terima kasih….

terima kasih atas “pengorbanan…peng”amatan” serta ke ” caring”-an yg diberikan….terima kasih…

dan terjumpa Zahrah junior 10 di UM bersama suami…siap jumpe “ex-janah ” lg…ekeke…

dan blk dari Ikea ke UM jumpe azim amik Pc yg telah siap direpair…tq azim…

di wangsa maju….” srimpt stick  kfc ” juadah supper dgn milo NZ curry house penutup tirai perjumpaan…

alhamdulilah…..syukur ade rezeki utk itu…..

: berbuka di IKEA, Damansara :

LAUK2 DI IKEA

tq..^_^

Puasa -6 ( khamis ) :

mak amik di KL selesai Court Case….duduk umah saje

: berbuka di umah sendiri, Melaka :

Puasa -7 ( jumaat) :

seawal jam 12 tghari konvoi 2 myvi gerak ke kampung Nenasi Pekan, Pahang…dgn niat nk berbuka di Pahang…

best berbuka lauk yg berbagai2 yg tiada di Melaka..yeye…nyum nyum nyum….

kuih nekbak

: berbuka di umah Teh, Pahang :

Puasa -8 ( sabtu ) :

again….selesai solat subuh, bicara di dalam kelambu….manja serba sikit then tido blk…hehe..

hari ni tugas rasmi kene berniaga…ganti tempat Teh sbb Teh nk masak kat umah…

berbuka beramai2 di umah teh..family Che Pah..dgn Kak Idah n husband, Wan n wife, yah, atun…Abg n Kak adha…hampir smua yg br kahwin bw wife n husband…bestnye saat berbuka puasa beramai2…   (gedik kejap…nk ade husband la…ekeke..)dan menu banyak gel …

ikan percik, peceri terung, laksa, bubur lambuk, nasi dagang, nasi minyak , laksa penang, sagu gumpal, nek bak, ketam goreng, ketam goreng sambal, putu piring , ayam panggang, sup gearbox, dan 2, 3 lauk lg x ingt sebab byk sgt….

lauk yg dijual

his  feveret

selesai terawih...BBQ DI TEPI PANTAI…first time ever buat mcm ni…b4 ni camping je ..tp atas permintaan saya yg gedik ni…ayah pun cr ikan dan persiapan utk BBQ mlm ni…atas tajaan AYAH & BENGAH EJO.. best gilessss….bakar Udang Ketak , Lobster, Ikan Pari Bakar, Ikan mcm2 jenis…tq so much…

best nye BBQ ni adalah bole makan katmane2 sahaja…kulit bole buang je kat pasir, then kambus…kalau nk basuh tgn , curah je kat pasir, pasir tu akan meresap…dan intan bersuara ketika abg ngah sedang bakar Lobster…

” ayah, x gune kipas ke nk bakar?”…” intan, angin pantai ni dh cukup…xyah kipas2″…hahaha….best!!!!

ayah macho...

DSC00174

bbq tepi pantai di mlm hari

BENGAH tukang bakar..ekeke

DSC01045

mase nk balik..


: berbuka puasa umah Teh , Pahang :

Puasa -9 ( ahad ) :

hari ni byk rehat kat umah je sambil tolong2 teh buat nasi dagang n laksa…

mak andak pulak buat REndang TOk…that is her specialist..mmg sedap gel!!!

then ayah ade operasi ambang kemerdekaan..kene la balik melaka mlm ni…hurmm…

sampai mlk jam 330 pg…ade orang tu br blk main futsal…

sian die Kaki die terseliuh…sabar ye….

ira kepanasan memegang bulan

: berbuka puasa umah Teh , Pahang :

Puasa -10 ( isnin ) :

hari ni merehatkan diri sampai puas di rumah…

tak keluar blk dr pagi…

buat Kad raya, update blog, update facebook, tgk Nur Kasih

main internet sampai puas..tp pc kadang2 hang…

rasa nya nk kene minta orang di “POS” la carikan Laptop SONY …hehe…

kembali tadarus di AL Azim…

: berbuka puasa di rumah aku,MELAKA :


::: SYUKUR…ALHAMDULILAH…CUTI KALI INI DIGUNAKAN SECARA SEMPURNA…:::

::: MOGA ALLAH BERI PELUANG UTK LEBIH BERIBADAH PADANYA…INSYA ALLAH :::





AgAiNsS!!!…..^_^

utk kali ke – n …

Tuhan sentiasa uji hamba Nya..tanda Allah sayang pada kita….

utk kali ni…komputer saya rosak...( ni pun pegi umah nenek jap..huhu…)

mayb tak bole nk update blog as usual….

::::: sabar Maisarah :::::

so, lg 3 hari menjelang Ramadhan ni….saya doakan kalian dapat menjalani ibadah Ramadhan dengan penuh ketaqwaan dan kesyukuran……

a bit from me to me :

pasang niat dari sekarang utk tingkatkan ibadah di Bulan penuh barakah ini…bykkan doa agar kita dan keluarga diberi kesihatan yg baik utk kukuh dalam beribadah pada NYA….dan bersedekahlah sedaya upaya kita … bukan amaun yg menjadi ukuran..namun “BONUS” double triple +++ yg Allah janjikan yg perlu kita kejar dan rebut….insya Allah…

all da best everybody….moga ada rezeki utk kt berjumpa kembali…

salam ukhwah…salam Ramdhan….


… HaPPy KOnVo DaY …

…minggu konvo datang lagi…tapi tahun yg berbeza…

UM KONVOKESYEN

seronok nya pagi itu di rumah Abang Shieding …bangun seawal 5 pg utk persiapan diri…takut x sempat nk make up ( sebab jarang male up, so kene amik ms lama utk make up..huhu…)..padahal tido kul 2 pg bergambar di sekitar UM dan sevey tempat2 utk adik2 aku tgk dr skrin di luar bsok nya..sambil borak2 di kelab Orator.….moment yg indah…

solat subuh dgn baju konvo….berhati2 nya takut kedut baju kurung putih tempah khas utk konvokesyen…( padahal x nmpk pun lps pakai jubah konvo..huhu)…seawal 615 dh gerak ke UNIVERSITI MALAYA utk dpt kan parking awal dan x jam…bersungguh kejut mak dgn ayah…adik2 dan sedare yg lain tido dulu…dtg lmbt pun xpe…sbb yg msuk dlm DEWAN TUNKU CANSELOR hanya orang yg utama sahaja…MAK DAN AYAH….

teringt ketika ayah betulkan jubah konvo seawal 7 pagi…betapa penyayang nya seorang ayah…dan ketika itu invitation kad utk msk DTC tertinggal dlm kereta, ayah berlari utk mengambil nya…dgn peluh2 ayah dtg kembali jumpe aku dan mak di dpn DTC…Ya Allah terharu nya waktu itu, tidak terucap dgn kata2….dan mak dan ayah la yg pin kan jubah dgn baju kurung beserta “topi” konvo tu…dan waktu itu terasa sgt diri ini mcm Ratu Sehari…huhu…

semua Graduan sila beratur mengikut nombor yg ditetapkan…yg lambat duduk  di belakang..…kata2 “pengawas” yg menjaga para Graduan utk memasuki DTC…berkumpulnya kami di Bangunan Peperiksaan…dan semasa kami DIARAK utk msk ke DTC, semua lalu lintas dihentikan mcm memberi HORMAT pada para graduan utk memasuki DTC…terasa mcm King dan Queen of the day….dan selangkahnya je KAMI PARA GRADUAN msk…terus diumumkan oleh mc dan tepukan GEMURUH oleh para Ibu Bapa yg hadir dan berkesempatan memasuki DTC itu….tepukan itu bergema hinggalah orang yg terakhir memasuki Dewan dan pintu ditutup…

” MAISARAH BINTI RAZALI…..”...nama itu disebut akhirnya…..dgn bangga nya aku naik dan mengambil “SEKEPING IJAZAH” yg telah 4 thn aku tunggu….saat paling manis dalam hidup ku….mengambil sekeping ijazah daripada Toh Puan Perak hanya la beberapa saat sahaja…kurang dari 20 saat…namun nilai sentimental yg terdapat pada saat itu tidak tergambar oleh kata2…betapa ibu dan bapa serta saudara mara yg dtg melihat kita di atas menggenggam sekeping ijazah...wat a sweet moment n memory…i miss all da moment

dan bile abis je istiadat tu semua….ape lagi bergamba sakan la aku…dan utk konvokesyen aku pd 7/8/2008 tema nya adalah Pink…semua ahli fmly memakai pakaian pink….bestnye KONVO!!!!! the BEST ever !!! ( OK2..its all bout me…now turn to my frenz n my kezen..)

——————————————————————————————————————————————————-

dan thn ni…aku nk ucapkan CONGRTAS kepada :

1-KAWAN2 SEP 040 ( MAJOR FIZIK ) —->…terutama kawan sejabatan fizik dgn ku….ALI, SAHAK, GAPO….tahniah buat korang…akhirnya bergelar graduan….alhamdulilah…maaf aku tak dapat hadirkan diri atas sebab2 kesihatan yg tidak mengizinkan..nnt upload la gmbr kat frenster ke, facebook ke, xpun send la email ke ek….ade mase jom gathering FIZIK SEP 040 je nk?..GAPO ko ketua sengal uruskan ek…wakaka….frenz 4 ever k….

2- SAHABAT2 SEP 040 —–> tahniah buat HELMI, IZWAN, ARiE, FARID, NAZIHAH, SHUKOR,AINI…dan siapa2 yg aku lupe..maaf ye…CONGRATS!!!….miss u all so much…selamat menjadi pendidik yg berjaya lps ni..huhu…

3- JUNIOR2 FIZIK SES—-> terutama buat adik2 ku FAIRUS, AKMA, HAJAR, AHYA, MAISARAH junior , n geng2 korang la...( akk lupe la name..sory..huhu…)…CONGRATS !!!…dulu jeles tgk akk pakai jubah…skrng rasai la keseronokan menjadi graduan…jgn lupe amik gmbr kat jabatan fizik yg memberi 1001 makna tu k….ade mase kt jumpe ek...utk FAIRUS ” akk nk kad kahwin tau”…hehe…

3- JUNIOR2 SEP 050 —–> TAHNIAH!!!...selamat berkonvo….buat my sis NABILA…jgn lupe update story mory kat akk ye…hehe….

4- OTEL —-> special utk Otel...tahniah dan congrats !!!…maaf akk xdpt nk dtg konvo Otel …. ade rezeki kita jumpe ye…nk hadiah ke??..hehe..nnt bg akk alamat umah k, akk pos kat otel…take care Otel…

5- NUR JANNAH NUR ISKANDAR (UTP) —–> sepupu ku yg tersayang…tahniah dan congrats atas konvokesyen ini !!!….kami semua dari Melaka akan pergi ke UTP utk meraikan kejayaan kamu…dgn bertemakan warna KUNING GOLD, kiteorang akan gegarkan UTP tu…wakakaa….tunggu k jannah!!!!…( pasni kene siap sedia nk g Bintulu .. so nk  G**T*L kamu sampai puas….hahaha…)

6- buat SAHABAT Universiti LAin——–> buat TUAN WALID, PJOY selamat bergraduasi…moga suksess dan cemerlang sokmo!!!…

TAHNIAH BUAT SEMUA!!!!!

:: MOGA PERSAHABATAN YG TERJALIN AKAN KEKAL SELAMA NYA ::

( utk yg nk adakan walimah tu, jgn lupe poskan kad ke sini…huhu…)

……………………………………………………………………………………………………………………

note: semasa entry ditulis aku sempat tgk live Majlis Konvokesyen SEP  ( Sains Dgn Pendidikan ) pada 14 Ogos 2009 sesi Petang….aku hanya sempat tgk ali, arie, shukor, aini, fatni dan izwan…ade beberapa gmbr korang dgn aku..bestnya tgk orang konvo!!!….

sekalung tahniah sekali buat semua sahabat2ku….^_^

beberapa snap yg sempat aku ambil:

shukornama ali sahaja...muke x sempat laju sgt...fatni...arie sakina...sory muka xde jg..hehe

junior fizik sep


« Newer Posts - Older Posts »